KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa tiada penjelasan asas berhubung aliran dana berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin pada sesi penghujahan saman kerajaan bagi melucutkan hak wang tunai, barangan kemas dan beg tangan daripada bekas Perdana Menteri itu dan 17 defendan lain.
Menurut Faten, perkara itu didedahkan melalui siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat ACP D. Rajagopal dan pegawai penyiasat anti pengubahan wang haram, Supritenden Foo Wei Min ke dalam akaun AmBank milik Najib bernombor 9694.
Hasil sisatan menggunakan jejak wang mendapati perpindahan wang tersebut dilakukan dalam tiga peringkat iaitu Good Star; Aabar dan Tanore.
Ia masing-masing melibatkan pergerakan wang lebih RM3.69 juta dari Good Star; lebih RM5.23 juta dari Aabar sementara lebih RM2.018 bilion dari Tanore.
"Siasatan Supritendan Foo sendiri juga mengambil hasil siasatan ACP Rajagopal mendapati jumlah itu adalah jumlah dana 1MDB yang telah diselewengkan dan beliau telah mengemukakan keterangan sokongan sebagaimana yang dijelaskan oleh afidavitnya memasukkan penyata akaun 96964 dan juga beberapa resit atau bukti pindahan wang.
"(Beliau juga) menjalankan kaedah analisa jejak wang yang dipanggil 'masuk dahulu, keluar dahulu' ke atas penyata akaun AmBank 9694," katanya dalam sesi penghujahan di sini hari ini.
Tambah beliau, sebanyak lebih RM2 bilion daripada jumlah tersebut telah dipulangkan kepada entiti bernama Tanore.
Bagaimanapun, baki lebih RM936 juta kemudian dibayar kepada empat kategori merangkumi akaun peribadi Najib, entiti perniagaan, parti politik serta individu.
Faten juga memberitahu, sebahagian baki daripada akaun 9694 dimasukkan ke akaun peribadi Najib yang lain bernombor 1880.
"Setelah akaun 9694 ditutup pada 30 Ogos 2013 oleh responden pertama sendiri (Najib), baki akaun sebanyak lebih RM161 juta dipindahkan ke akaun AmBank 1880 miliknya, yang dibuka pada hari yang sama.
"Tiada penggunaan dari 1880 untuk membayar entiti sebaliknya ia menjadi (mekanisme) tengah untuk memindahkan kepada dua akaun AmBank yang lain iaitu nombor 1906 dan 1898 yang juga tidak dipertikaikan adalah milik responden pertama.
"Ini adalah salah satu bentuk pengubahan wang haram setelah menerima dana 1MDB, dibayar kepada entiti lain, baki 'part' sebentar di 1880 sebelum dipindahkan ke akaun lain," katanya memberitahu mahkamah.
Faten juga berpendapat, tidak ada penjelasan diberikan mengapa derma yang dikatakan itu dikembalikan kepada Tanore.
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April serta 18 Jun.
Sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan pengeluaran notis pihak ketiga untuk membolehkan pihak ketiga hadir di mahkamah secara sendiri atau melalui peguam bagi memberikan tunjuk sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Bagaimanapun, pada 14 Disember 2020, tiada pihak ketiga berkepentingan hadir ke Mahkamah Tinggi untuk membuat tuntutan terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama mewah, wang tunai, jam tangan dan 27 buah kereta yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Rosmah serta 16 yang lain.
Faten berkata, mahkamah kemudian menetapkan hari ini untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak barang disita dari kediaman Najib pada 2018.
Pihak pendakwaan sebelum ini menfailkan notis usul bagi memohon untuk melucut hak terhadap harta-harta tersebut dan menamakan Najib; Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib; Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib); Mohd Kyizzad Mesran; Senijauhar Sdn Bhd; Aiman Ruslan; Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta; Yayasan Mustika Kasih; Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho); Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isterinya Lim Hwee Bin; Kee Kok Thiam; Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.
Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.
Sebanyak 27 buah kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 26 2021
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April, serta 18 Jun - Gambar fail
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin
Majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.
Takiyuddin tidak letak jawatan, kekal sebagai menteri - Khairuddin
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin
Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil EU dalam pelaksanaan EU RED II telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.
Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.
Lucut Hak: Tiada penjelasan asas kemasukan dana dalam akaun Najib - Pendakwaan
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April, serta 18 Jun.
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah semalam
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan pada Isnin.
Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke Arab Saudi - Mohd Khairuddin
Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1 billion.
Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.
Lompat ke PKR tak seserius lompat ke PN - Khalid
Katanya, menyertai PN jauh lebih serius kerana ia boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada PRU14 yang lalu.